KONTROVERSI dan drama yang terjadi sepanjang siaran program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) bukanlah gimik yang dirancang untuk menaikkan rating penerbitan rancangan berkenaan.
Perkara itu diakui oleh Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad yang memberitahu program itu sering menjadi bualan ramai sejak musim pertama bersiaran 10 tahun lalu.
“Semua yang berlaku di Gegar Vaganza (GV) berlaku secara natural semula jadi tanpa dirancang. Sejak awal siarannya, GV sentiasa mendapat perhatian.

Raqim selaku Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro.







