KECEWA dan patah hati disebabkan putus cinta dua tahun lalu membuatkan penyanyi baharu, Namira mendapat ilham untuk mencipta lagu berjudul Bulan.
Namira atau Amira Aman, 30, berkata, hubungan yang terputus di tengah jalan disebabkan tidak mendapat restu keluarga itu membuatkan dirinya mendapat inspirasi untuk menulis single tersebut.
“Saya tidak pernah terfikir pun nak hasilkan lagu (ketika itu). Saya saja-saja main gitar, rakam muzik macam biasa dan tiba-tiba terhasilnya verse yang pertama. Kemudian saya teruskan sambung sampai habis.

Lagu itu dicipta disebabkan Namira putus cinta.






