Hiburan

“Doa orang di luar sana makbul” – Aishah peserta ketiga tersingkir All Stars Gegar Vaganza minggu keempat 

PERJUANGAN merebut gelaran juara buat Datuk Aishah menerusi program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) terhenti apabila dia diumumkan tersingkir pada minggu keempat pertandingan pada malam Ahad.

Aishah yang tampil menerusi lagu Terlanjur Cinta duet bersama Vince Chong gagal menarik hati juri profesional sekali gus berada di kedudukan paling corot.

Juri tetap dari Indonesia, Datuk Hetty Koes Endang dalam komennya tidak menafikan kehebatan vokal Aishah namun berpendapat penyanyi berusia 58 tahun itu kurang memukau daripada segi emosi ketika menyampaikan lagu berkenaan.

aishah 33

Aishah dan Vince menyampaikan lagu Terlanjur Cinta.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh