PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menyifatkan Ketua Jurulatih baharu skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan, Juan Torres Garrido, sebagai individu terbaik membimbing skuad berkenaan menghadapi Piala Asia B-23 di Qatar, April depan.
Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Garrido, 43, dipilih kerana warga Sepanyol itu memahami selok belok Harimau Muda berikutan pernah berkhidmat bersama bekas Ketua Jurulatih, E. Elavarasan sebagai pembantunya sebelum ini.
“Garrido merupakan pilihan terbaik yang kita ada serta pernah bersama sistem kejurulatihan Elavarasan sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas menyantuni bekas legenda bola sepak negara, Khalid Ali, P. Darmalinggam dan S. Pusphanathan dalam program Ziarah Kasih pada Ahad.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.





