PELAKON Angeline Tan memberitahu suaminya Sabri Yunus adalah individu bertanggungjawab dalam memperkenalkan dan membuatkan dia terbuka hati mendekati agama Islam.
Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline Tan Yoke Yeah, 56, berkata, meskipun mempunyai sedikit pengetahuan tentang agama Islam namun Sabri banyak mengajarnya tentang agama itu setiap kali dia mempunyai kemusykilan.
Malah pelakon dan pengarah itu juga memperkenalkan dia kepada ceramah Mufti Perlis iaitu Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam memantapkan lagi pengetahuan tentang Islam.