“WALAUPUN apa keputusan untuk malam ini, anda semua tetap ‘legend’ dalam bola sepak Malaysia.”
Itulah ucapan yang disampaikan oleh pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim lapan tahun lalu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor selepas Harimau Selatan berjaya menundukkan Selangor FC dengan keputusan 3-1 dalam perlawanan Liga Super.
Ucapan lapan tahun itu membuktikan bahawa TMJ tidak memusuhi penyokong Selangor selepas dakwaan dalam media sosial sering menyatakan bahawa pemilik JDT itu tidak menyukai skuad Gergasi Merah.