SEKUMPULAN pemandu lori membuat protes tunjuk perasaan di hadapan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Terengganu pada Ahad.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Amirudin Abdullah di Facebook, pemandu-pemandu lori tersebut dilihat memenuhi pekarangan JPJ sebagai tanda protes terhadap tindakan yang dikenakan selama ini.
Berdasarkan informasi yang dikongsikan oleh beberapa warganet, difahamkan protes tersebut berpunca daripada tindakan JPJ yang secara berterusan mencari kesalahan pemandu lori sehingga ke dalam kawasan kuari, dan bukannya di atas jalan.