PELAKON Nad Zainal selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 10 Oktober lalu di sebuah pusat perubatan di ibu negara.
Perkara itu dimaklumkan oleh suaminya iaitu pelakon Ungku Ismail Aziz menerusi satu hantaran di Instagram pada Sabtu yang turut dilihat sedang mendukung bayinya itu.
Ungku Ismail, 38, menerusi kapsyen hantaran tersebut turut menitipkan pesan kepada anak pertamanya itu selain mengucapkan terima kasih kepada Nad.
Nad dan Ungku bersama dua anak mereka.