PELAWAK Fad Bocey berkongsi berita gembira isterinya selamat melahirkan cahaya mata kelima mereka pada pukul 9.20 pagi, Khamis.
Isterinya iaitu Syaheera Rahman bersalin di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor.
Meluahkan rasa syukur atas kelahiran anak mereka itu, Fad atau Muhammad Fazlie Mohd Nizam, 32, turut memberitahu bakal berkongsi wajah anak mereka dalam masa terdekat.

Fad bersama isteri dan empat anak mereka.





