Sukan

‘Mungkin tahun terakhir’, orang kuat The Rhinos beri berita gembira dalam duka

KETIKA Sabah FC sedang memberikan sepenuh perhatian untuk memburu kejayaan di pentas Asia, muncul sebuah khabar angin mengatakan bahawa tiga ‘orang kuat’ The Rhinos akan meninggalkan pasukan tersebut pada musim depan.

Khabar angin bermula apabila sebuah laman Facebook, Malayantigerfans mengatakan bahawa Sang Badak akan kehilangan kepakaran trio mereka iaitu ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Ahmad Marzuki Nasir dan Pengarah Teknikal Sabah FC, Scott Ollerenshaw.

Walaupun status perkara itu sekadar khabar angin namun nyatanya ia tetap menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan penyokong dan bagi pengikut Sabah FC seperti pepatah, ‘kalau tiada angin bertiup takkan pokok bergoyang’.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.