PENYANYI Datuk Aishah musykil dengan pemilihan rakan duet bagi pertandingan minggu keempat All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang akan berlangsung pada Ahad ini.
Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 58, berkata, pemilihan penyanyi jemputan dalam kalangan rakan atau keluarga peserta membuatkan dia berasa ragu dengan sistem pemarkahan yang bakal dibuat nanti.
Ini termasuk kaedah barisan juri profesional menilai persembahan penyanyi jemputan memandangkan mereka turut dinilai.

Aishah hanya sekadar luahkan rasa ingin tahu.






