BINTANG naturalisasi Harimau Malaya, Endrick dos Santos percaya akan kebolehan pasukannya itu meskipun mereka bakal berdepan lawan yang berada di kedudukan lebih baik dalam ranking FIFA ketika Pestabola Merdeka.
Kepercayaan terhadap pasukannya itu dilihat membolehkan skuad kebangsaan menjuarai pertandingan berkenaan, lebih-lebih lagi apabila mereka sudah memahami falsafah ketua jurulatih, Kim Pan-gon.
“Kami beraksi dengan lebih yakin ketika ini kerana kami sudah faham akan pendekatan serta gaya permainan pengendali pasukan.






