BUKAN mudah untuk melihat nama Malaysia mendapat penghargaan dalam dunia permainan video terutamanya bola sepak.
Liga Malaysia bukanlah saingan yang terulung di Asia, apatah lagi di dunia. Disebabkan itu, sukar untuk melihat saingan tempatan kita diletakkan dalam permainan video bola sepak.
Sebelum ini, negara kita pernah melakukan penampilan seperti dalam edisi FIFA 98 serta Harimau Malaya dimasukkan dalam permainan FIFA World Cup 2010. Selepas itu, ia tidak ada lagi.