HUJAN lebat melanda di sekitar Cheras, Kuala Lumpur pada Jumaat petang telah mengakibatkan beberapa kawasan terjejas dengan situasi banjir.
Bandar Sri Permaisuri, Cheras merupakan antara lokasi yang terkesan dengan perkara itu apabila jalan raya mula dinaiki air tinggi hingga ke paras buku lali.
Perkongsian di laman media turut memaparkan situasi berkenaan dengan seorang lelaki sedang berteduh di premis niaganya.





