LIMA tahun bergelar bapa tunggal, pelakon Adam Shahz mengakui sering menerima mesej peribadi di media sosial daripada wanita yang ingin berkenalan dengannya.
Kata Adam atau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, memegang status duda tidak membuatkan dirinya dipandang serong oleh masyarakat, sebaliknya ramai pula yang menyatakan hasrat ingin mengenalinya dengan lebih rapat.
Malah, dia pernah dihubungi oleh seorang ibu tunggal mengajaknya berkahwin kerana menyifatkan kisah rumah tangga mereka hampir sama.







