NAMANYA kerap disalah guna individu tidak bertanggung jawab untuk tujuan penipuan atau scammer, personaliti media sosial Aisar Khaled tampil membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Aisar, 23, berkata, laporan itu dilakukan bagi membersihkan namanya yang terjejas teruk selepas dituduh menipu orang ramai.
Dalam masa sama, Aisar berharap tiada mana-mana pihak terpedaya dengan taktik yang dilakukan scammer iaitu mengajak orang ramai membuat pelaburan dengan nilai yang rendah dan mendapat pulangan berganda.
Aisar buat laporan polis pada Isnin.