ALBUM terbaharu Yonnyboii berjudul Persona memperlihatkan penyanyi berkenaan mencari jati diri menerusi muzik untuk dikongsi bersama para peminat setianya.
Yonny atau Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 25, berkata, sepanjang pembikinan album itu juga dia melalui beberapa ‘persona’ bagi mencari identiti dirinya yang sebenar sehingga ia diterjemahkan dalam 12 buah lagu.
Kesemua lagu di dalam album tersebut tampil dnegan konsep berbeza mengikut personanya yang bervariasi sepanjang proses rakaman.