PELAKON Zarina Zainuddin meletakkan harapan agar Muhammad Raizal Azrai atau Azal, 27, mendirikan rumah tangga selepas mendedahkan anak lelakinya itu sedang berkawan rapat dengan wanita asal Indonesia dikenali sebagai Rahmah.
Zarina, 53, berkata, sebagai ibu dia juga mempunyai impian untuk melihat anaknya itu mengecapi kebahagiaan sendiri selain percaya Azal mampu menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik.
Kata Zarina, dia juga berharap Azal menemui calon isteri yang benar-benar menyayangi anaknya dan mampu menjaganya dengan baik.







