KELIBAT pelakon Meerqeen sedang berjalan berdua-duaan dengan pempengaruh media sosial Ameera Khan ketika berada di Paris, Perancis menimbulkan pelbagai pertanyaan dalam kalangan peminat.
Menerusi perkongsian di Instastory miliknya, Meerqeen dan Ameera dilihat berada di sebuah pusat beli-belah di Paris yang mana kedua-duanya kelihatan ceria.
Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, mengenakan pakaian serba hitam dilihat sedang merakam Ameera secara diam-diam ketika adik kepada pengacara Neelofa itu sedang melihat ke arah lain.
Antara komen netizen.