TINDAKAN seorang individu dipercayai warga asing yang tanpa segan silu bermandi-manda di kolam air pancut dekat depan pusat membeli belah Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.
Video mengenai kejadian insiden tersebut yang tular sejak Ahad itu memaparkan tindakan lelaki terbabit yang bermain dan berlari-lari di dalam kolam terbabit dengan hanya mengenakan seluar pendek tanpa memakai baju.
Pada waktu tersebut, orang ramai juga dilihat sedang berada di kawasan sekitar tepi kolam terbabit.





