PENYANYI Siti Nordiana meluahkan rasa sedih apabila Allahyarham bapanya iaitu Alias Ahmad tidak dapat menyaksikan dia sekali lagi bertanding di pentas All Stars Gegar Vaganza (GV10).
Bagi melepaskan perasaan itu Siti Nordiana atau Nana, 39, sempat meluangkan masa menziarahi pusara arwah bapanya di Sendayan, Negeri Sembilan.
Dalam masa sama, Nana turut bertemu ibunya bagi memohon restu sebelum memulakan pertandingan pada Ahad ini.
Nana meluangkan masa bertemu ibu sebelum sibuk bertanding di pentas GV10.