PERSELISIHAN faham antara penyanyi Nourul Wahab dan anak perempuannya iaitu Ayu Nazirah sedikit sebanyak memberi kesan terhadap hubungannya bersama suami.
Menurut Nourul atau Noorulhuda Abdul Wahab, 46, sepanjang 11 tahun berkahwin dengan Eric, ini merupakan kali pertama mereka bertengkar disebabkan emosi terganggu.
Meskipun Eric atau Eric Daniel Depp memilih untuk tidak mencampuri urusan Nourul dan Ayu, namun dia tetap mengambil berat tentang apa yang berlaku terhadap isterinya itu.







