Viral

[VIDEO] ‘Saya dah turun dia tak nak datang’, Timbalan menteri bengang bos pemaju projek tergendala di Morib enggan bersemuka

TIMBALAN Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir meluahkan rasa kecewa terhadap sikap pemaju selepas turun padang ke kawasan tapak projek perumahan tergendala di Morib, Banting, Selangor pada Jumaat.

Ini kerana kedatangannya ke tapak tersebut tidak disambut baik oleh pihak pemaju apabila kelibat pemilik ataupun bos syarikat tersebut tidak kelihatan ketika kejadian.

Perjumpaan yang difahamkan sudah diaturkan itu gagal menemui jalan penyelesaian dengan hanya seorang wakil sahaja daripada pihak pemaju dihantar untuk berbincang dengan beliau.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.