MEMILIKI seorang anak mempunyai latar belakang berpendidikan dalam bidang agama bukanlah penghalang buat penyanyi Yantzen meneruskan aktiviti dan kerjaya seni.
Kata Yantzen atau Yantzen Juniwan, 65, anaknya iaitu Muhammad Allif Ronan, 24, amat memahami minatnya itu dan sudah terdedah dengan dunia seni sejak masih kecil lagi.
“Dia membesar bersama saya dan sejak kecil lagi saya selalu bawa di jika ada persembahan. Dia tahu tentang kehidupan saya dan dia tahu untuk seimbangkan antara dirinya dan juga kerjaya saya.

Yantzen masih aktif dalam dunia nyanyian.





