ANAK kedua penyanyi Datuk ND Lala iaitu Amir Syafiq menyifatkan keruntuhan rumah tangga kedua ibu bapanya sebagai nikmat yang ditarik oleh Allah.
Syafiq, 30, berkata, kekecohan yang berlaku juga adalah satu bentuk ujian buat keluarganya ketika ini.
“Allah nak tarik nikmat sekejap saja. Kita ini sentiasa akan diuji,” tulisnya pada bahagian kapsyen menerusi hantaran video di TikTok pada Isnin.