PENYANYI Datuk Aishah akan menggunakan pentas All Star Gegar Vaganza untuk memberi persembahan lebih baik berbanding ketika menyertai pertandingan musim keempat sebelum ini.
Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 58, berkata, perubahan penampilan yang lebih langsing sejak menjuarai GV4 pada 2017 memberi lebih keyakinan untuk tampil bergaya kerana sebelum ini berasa kurang selesa disebabkan bertubuh besar.
“Dulu tiada pereka fesyen nak buat baju saya sebab katanya nanti terlebih kain. Sekarang ini saya nak tampil bergaya di pentas GV.







