Sukan

Safawi Rasid sekali lagi mahu gegarkan ‘Tembok Besar’ China

PENYERANG sayap skuad kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid mahu sekali lagi ‘menggegar’ negara ‘Tembok Besar’ dalam membantu Malaysia mengekalkan rentak kemenangan pada dua aksi antarabangsa Tier 1 berdepan Syria dan China, di Chengdu, China pada September.

Pemain Johor Darul Takzim (JDT) itu yang menjaringkan dua gol dalam dua aksi persahabatan terakhir skuad Harimau Malaya berkata, akan menampilkan persembahan terbaik sekiranya mendapat kepercayaan pengendali Kim Pan-gon.

“Kalau diberi peluang untuk bermain saya akan buat terbaik, dengan pasukan ketika ini kami mempunyai peluang yang cerah untuk menang,” katanya ketika ditemui sebelum berlepas ke Chengdu, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 di Sepang, Selangor pada Isnin.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.