KEADAAN tanah berhampiran pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan Taman Bandar Tiram, Johor baru-baru ini menimbulkan kebimbangan penduduk.
Menerusi video yang sempat dirakam dan dikongsikan di akaun Facebook Community Roda Johor pada Sabtu, berlakunya hakisan tanah di kawasan terbabit.
Kejadian itu juga didakwa berpunca daripada kerja-kerja projek perumahan yang dilakukan di sekitar itu.