MUSIM lalu pastinya salah satu musim yang mahu dilupakan buat Kelantan FC serta penyokongnya kerana pasukan terbabit berada di kedudukan tercorot Liga Super.
Tahun yang menyaksikan mereka memecahkan rekod dibolosi dalam sejarah divisyen teratas bola sepak tempatan apabila melepaskan sejumlah 121 gol sepanjang 26 perlawanan.
Beberapa kekalahan memalukan turut dialami skuad The Red Warriors (TRW) sepanjang musim, termasuk ketika mereka tewas 0-10 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Piala Malaysia serta 2-11 ketika berdepan Selangor FC dalam Liga Super.