HARIMAU Malaya menutup kempen Piala Asia 2023 dengan penuh kemanisan apabila berhasil mengikat pasukan ranking ke-23, Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia di Stadium Al Janoub, Doha, Qatar pada Khamis.
Tiga jaringan dari Harimau Malaya dicetak Faisal Halim pada minit ke-51, sepakan sempurna Arif Aiman Hanapi pada minit ke-62 dan pemain gantian, Romel Morales menyamakan kedudukan pada babak kecederaan.
Manakala, jaringan Korea Selatan pula pula disumbangkan dari Jeong Woo-yeong pada minit ke-21, sepakan percuma dari Lee Kang-in dan gol terakhir disempurnakan oleh bintang Tottenham Spurs, Son Heung-min.