“SON Heung-min meminta pengadil perlawanan untuk tarik balik kad merah yang dilayangkan kepada Bui Hoang Viet Anh.”
Itulah reaksi Heung-min selepas bek tengah berusia 24 tahun itu dilayangkan kad merah oleh pengadil negara, Mohd Amirul Izwan Yaacob dalam perlawanan persahabatan di antara Korea Selatan dan Vietnam pada Selasa.
Dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Piala Dunia Suwon, Korea Selatan itu menyaksikan Vietnam tewas besar dengan jaringan 0-6.