DALAM usaha mengukuhkan legasi sebagai sebuah kelab terbaik dalam Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) terus meningkatkan infrastruktur pasukan.
Stadium Sultan Ibrahim, Johor yang ketika ini digunakan sebagai laman sendiri untuk aksi pasukan utama sudah cukup untuk menceritakan mengenai kemegahan skuad Harimau Selatan.
Tidak cukup dengan itu, beberapa fasiliti lain milik kelab, seperti padang latihan juga dilihat berada dalam keadaan baik meskipun sudah bertahun-tahun digunakan.