TINGGAL beberapa hari lagi seluruh umat Islam di dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri selepas hampir sebulan melakukan ibadah puasa.
Kehadiran bulan Syawal pastinya memberikan kegembiraan buat seluruh umat Islam untuk menyambut dan berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan selepas lama tidak bersua.
Namun begitu, tidak semua mampu merasai kegembiraan itu selepas terpaksa ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ demi meneruskan kelangsungan hidup.