SATU ketika dahulu, Kedah pernah menggemparkan arena bola sepak tanah air apabila dikaitkan dengan perpindahan sensasi yang menyatakan mereka mahu menyambar khidmat pemain sayap Portugal, Ricardo Quaresma.
Khabar angin tersebut didengari pada 2016, iaitu selepas penyerang lincah berkenaan membantu negaranya menjulang Kejohanan Euro yang merupakan pencapaian terhebat buat mereka.
Ura-ura tersebut juga tidaklah sesuatu yang sukar diterima kerana ketika itu, kelab Utara tanah air berkenaan memiliki sumber kewangan kukuh selain memiliki lambakan pemain import berkualiti seperti Zac Anderson dan Shane Smeltz.