Sukan

RHB Lekas Highway Ride 2023 tarik penyertaan lebih 30 negara, kekal prestij tersendiri

EDISI kelapan RHB Lekas Highway Ride 2023 yang berakhir pada Sabtu terus menjadi tarikan utama penggemar sukan berbasikal apabila ia kekal menjadi acara kayuhan terbesar di Malaysia pada sebelah malam.

Ia dapat dilihat melalui sambutan luar biasa daripada lebih 6,000 peserta yang mengambil bahagian dalam keseluruhan 14 kategori dipertandingkan.

Acara kayuhan yang bermula di Plaza Tol Kajang Selatan dan berakhir di Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) E21 itu sekali gus mengatasi jumlah 5,600 penyertaan bagi edisi tahun lalu.

WhatsApp Image 2023-10-22 at 14.57.33

Sebahagian aksi para peserta yang memulakan acara kayuhan RHB Lekas Highway Ride 2023 di Plaza Tol Kajang Selatan. — Ihsan GOSPORTZ SDN. BHD.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%