BINTANG olahraga negara, Muhammad Azeem Fahmi dipilih sebagai penerima Anugerah Khas 100PLUS 2022 di Majlis Anugerah Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia (SAM) 100PLUS 2022 yang akan berlangsung pada 29 Ogos 2023 ini.
Pengarah Urusan Perhubungan Kerajaan dan Industri dan Pengurusan Halal, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Datuk Raffiq Md Ariff berkata, pencapaian konsisten Muhammad Azeem sejak mula penglibatannya dalam sukan amat menakjubkan dan berharap atlet muda ini akan terus mencipta kejayaan demi kejayaan sekali gus mengangkat martabat sukan olahraga ke tahap yang lebih tinggi.
“Kita dapat menyaksikan permata baharu dalam pembikinan dalam arena olahraga negara selepas era 90an iaitu Watson Nyambek dan Azmi Ibrahim sentiasa menghadirkan cerita yang manis untuk sukan tanah air.