PELUANG untuk meneruskan penguasaan tidak berhasil buat atlet paralimpik negara, Ridzuan Puzi apabila terpaksa melihat wakil daripada negara lain diraikan di podium.
Atlet olahraga sensasi negara itu terlepas peluang untuk mempertahan pingat emas yang dimenangi pada Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, Indonesia apabila lariannya dibatalkan pada perlumbaan akhir Sukan Para Asia 2023 di Hangzhou, China.
Keputusan tersebut membuatkan Ridzuan tidak berjaya untuk memperbaharu rekod lariannya di Sukan Para Asia. Ridzuan merupakan pemegang rekod larian terpantas bagi acaranya di Sukan Para Asia iaitu 11.87 saat.