PENYERANG Sabah FC, Darren Lok, memuji mutu permainan rakan sepasukan dalam usaha membantu pasukan lolos ke separuh akhir zon Asean Piala AFC susulan kemenangan 4-1 ke atas Hougang United di Stadium Jalan Besar, Singapura pada Khamis.
Sabah menampilkan prestasi yang baik selepas merekodkan kemenangan bergaya ketika bertandang ke Singapura berdepan Hougang.
Tiga mata yang diperoleh terhasil menerusi aksi cemerlang ditampilkan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu.
Darren Lok (kanan) membantu Sabah FC mencetak gol kedua selepas berjaya menyempurnakan sepakan penalti berdepan Hougang. — Facebook/Sabahfc