Sukan

Kecederaan belakang, rusuk dan mata kanan tak halang Arif Afifuddin raih emas untuk negara

PELBAGAI cabaran dan rintangan yang terpaksa dilalui Muhammad Arif Afifuddin Ab Malik termasuk kecederaan sebulan sebelum Sukan Asia Hangzhou namun ia tidak melunturkan semangatnya untuk memberikan aksi cemerlang untuk meraih emas pada Sabtu.

Atlet berusia 23 tahun itu berkata, dia terpaksa bertarung dengan kesakitan dengan mengambil ubat tahan sakit pada final acara Kumite (tempur) bawah 84 kilogram (kg) lelaki untuk menewaskan pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2021, Daniyar Yuldashev dari Kazakhstan 10-4 di Gimnasium Pusat Sukan Linping, di Hangzhou, China.

Tidak cukup dengan kecederaan sebelum itu, dia yang mendahului 9-4 dengan berbaki 15 saat untuk pertarungan tamat, mengalami kecederaan di mata kanan selepas ditumbuk kuat oleh lawannya yang cuba membuat serangan balas ketika Arif Afifuddin cuba menyerang.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%