BINTANG naturalisasi negara, Paulo Josue menghadapi ujian paling sukar setakat ini bersama skuad kebangsaan apabila dia akan beraksi pada pusingan pertama kejohanan kelayakan Piala Dunia 2026-Piala Asia 2027.
Josue yang membuat penampilan sulung kebangsaannya pada Mac lalu itu sudah menjaringkan empat gol dalam enam perlawanan dengan menyarung jersi Harimau Malaya.
Kapten dan playmaker Kuala Lumpur itu mendapat panggilan oleh jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon untuk kempen Kumpulan D menentang Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 16 November dan Taiwan di Stadium Perbandaran Taipei pada 21 November.