MASALAH gaji antara isu yang sukar untuk diselesaikan dan sehingga kini masih ada beberapa pemain kekal tabah dalam memperjuangkan hak untuk mendapatkan saki baki pendapatan mereka walaupun ikatan antara mereka dan kelab sudah terlerai.
Seperti baru-baru ini, bekas penjaga gol Sarawak United FC (SUFC), Tauffiq Ar-Rasyid Johar membuat satu hantaran di Instagram peribadinya apabila mempersoalkan mengenai bayaran gaji dengan kelab tersebut sama ada tunggakan berkenaan sudah diselesaikan ataupun tidak.
“Setahun dah ni. Takkan sabar lagi? Mana janji, mana gaji?” soalnya sambil menyertakan logo Sarawak United dalam persoalan ringkas berkenaan.
Tangkap layar daripada keluhan yang dibuat Tauffiq di laman Instagram peribadinya.