SAMBUTAN menggalakkan diberikan penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) pada jendela perpindahan pertama musim ini ketika kelab itu melaporkan mereka akan membawa masuk pemain kebangsaan Syria, Jalil Elias.
Manakan tidak, berdasarkan laman sesawang transfermarkt, tonggak di bahagian tengah itu mempunyai nilai mencecah €3 juta (RM15. 2 juta), sekali gus menjadikannya pemain paling bernilai dalam sejarah Liga Super.
Selain itu, dia memikul peranan besar bersama kelab terdahulunya, San Lorenzo kerana diberikan kepercayaan memakai lilitan tangan kapten di samping menjadi perancang utama pasukan.