YAYASAN Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) difahamkan akan bertemu dengan bekas pemain skuad kebangsaan, Rafdi Rashid yang dilaporkan diserang sakit jantung pada Rabu.
Dalam pada itu, Pengurus Besar Yakeb, Zuhairi Abdul Manaf berkata, yayasan itu akan cuba membantu sebaik mungkin dengan menghubungi Rafdi dan ahli keluarganya untuk melancarkan urusan bekas atlet itu sepanjang rawatan.
“Kami (Yakeb) akan cuba menghubungi saudara Rafdi dan ahli keluarganya berkenaan perkara tersebut,” katanya kepada Majoriti.