SAINGAN Pestabola Merdeka bakal dilangsungkan pada 13 hingga 17 Oktober 2023 dengan Harimau Malaya bakal berdepan satu lagi ujian sebelum Piala Asia 2023.
Menentang pasukan-pasukan yang jauh lebih baik dari segi ranking seperti India, Tajikistan serta Palestin, skuad kendalian Kim Pan-gon mahu ‘membunuh’ mereka apabila bertandang ke Kuala Lumpur kelak.
Hal ini kerana, Pan-gon mahu menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai gelanggang keramat yang sebenar buat Harimau Malaya dan siapa-siapa yang datang pasti akan ditewaskan.