ZAMAN kegemilangan skuad The Red Warriors (TRW) kira-kira 10 tahun lalu berpunca daripada kehadiran bintang-bintang yang cukup cemerlang dalam posisi masing-masing.
Jadi, tidak hairanlah apabila mereka tidak berdepan sebarang masalah untuk menjuarai gelaran ‘treble’ dengan tiga kejuaraan berjaya dijulang dalam tempoh semusim.
Namun, kesemuanya berubah pada penghujung musim apabila Johor Darul Takzim (JDT) bertindak membawa masuk beberapa tonggak utama Kelantan FC.