BEKAS tonggak utama skuad kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri kini kian meniti di bibir peminat bola sepak tanah air susulan perkongsian terbaharunya di laman Instagram pada Selasa.
Seolah-olah memberi petunjuk akan meninggalkan kelabnya Johor Darul Takzim (JDT), ucapan ‘terima kasih’ antara kenyataan ringkas yang dimuat naik di Instastory peribadinya.
Belum mendapat sebarang maklum balas mahupun kenyataan rasmi dari kelab gergasi tanah air itu, mesej tersebut dilihat seperti gambaran bahawa penyerang kelahiran Labuan berkenaan mahu mencari majikan baharu bagi mendapatkan semula sentuhannya di atas padang.