Sukan

Bergabung dengan ex JDT dan Kedah, bekas pemain TRW pilih Indonesia jadi destinasi

BEKAS penyerang sayap Kelantan FC, Natanael Siringoringo memutuskan untuk pulang ke Indonesia selepas menamatkan kontraknya bersama skuad The Red Warriors (TRW) berikutan masalah gaji yang dihadapi bekas pasukannya itu.

Sebelum ini, pemain berusia 24 tahun itu dilaporkan menjadi sasaran beberapa kelab Malaysia dan Thailand namun Natanael akhirnya memilih untuk menyertai kelab Indonesia, PS Barito Putera.

Natanael secara rasminya diumumkan menjadi sebahagian daripada skuad Laskar Antasari pada Ahad lalu, yang mana pasukan itu berharap kehadiran penyerang sayap itu dapat memperkasakan lagi bahagian serangan Barito Putera bagi pusingan kedua Liga 1 Indonesia.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%