PEMAIN tengah Selangor FC, Aliff Haiqal Lau atau lebih mesra dipanggil ‘Nonet’ mendedahkan bintang paling kuat dalam skuad Gergasi Merah musim ini ialah Sharul Nazeem atau dikenali sebagai Afro.
Perkongsian tersebut diluahkan pemain berusia 23 tahun itu dalam segmen ‘what the podcast’ yang dimuat naik oleh Selangor FC dalam Youtube pada 12 Oktober lalu.
Menurutnya, dia berasakan Shahrul pemain paling kuat dan keras dalam Selangor berbanding import kerana pemain muda itu memiliki karakter ‘beast’ dalam corak permainannya.