Sukan

Azizulhasni, Shah Firdaus dan Nurul Izzah sah ke Olimpik Paris 2024

TIGA pelumba basikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri secara rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung bermula 23 Julai hingga 11 Ogos nanti.

Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill berkata, perkara itu disahkan selepas Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) mengeluarkan kuota berbasikal trek bagi setiap Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) pada Isnin.

“Kami sangat gembira dengan komposisi pasukan trek di Paris bersama Datuk Azizul dan Shah Firdaus dalam acara keirin dan pecut, dan Nurul Izzah membuat penampilan sulungnya dalam kedua-dua acara keirin dan pecut serta acara sukan terbesar di dunia.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%