KEKAL anggun dan menawan pada usia 51 tahun, pelakon dan usahawan Rozita Che Wan menegaskan dia tidak pernah melakukan sebarang rawatan kosmetik berlebihan termasuklah pembedahan plastik.
Kata Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, suaminya iaitu Zain Saidin juga tidak mengizinkan dia berbuat demikian meskipun dia pernah terfikir untuk melakukannya sebelum ini.
“Teringin juga nak buat, tetapi suami tak izinkan. Dia tidak larang saya buat apa sahaja, cuma kalau hal berkaitan pakaian terdedah atau ‘buat muka’ dia akan tegur.
Kejelitaan Che Ta sering menjadi perhatian ramai.